Bismillahirrahmanirrahim…
Hari ni nak cerita sikit pasal bersyukur dan kebahagiaan.
Haha. Poyo je kan tapi tiba-tiba terfikir nak cerita tentang ni sebab teringat
insiden bulan mei haritu. Okay, ready ye.
Ada la satu hari tu kan, aku menangis dengan jayanya di
malam hari. (Nota: menangis adalah terapi aku) Ditemani Cik Mai, Cik Nas, dan
Cik Yuppiee. Kenapa aku nangis? Panjang ceritanya. Haritu kitorang ada pegi
Wetland untuk sesi buat poem berkaitan alam semulajadi. Sebenarnya hari tu
banyak sangat insiden mengecewakan yang berlaku kat aku. Kira malam tu memang
kemuncak, dah sampai tahap maksima lah untuk aku. Cewaahh.
Semuanya bermula dari pagi lagi. Masa tu kerja novel aku tak
siap lagi dan aku terpaksa gerak awal-awal pagi. So, lumrahnya memang aku cuak
jugak lah petang tu nak kena hantar dah. So, 1 point di situ. Sampai dekat
Wetland, salah sorang kawan aku pi cari pasal lak dengan aku, dengan
memperkatakan benda yang aku dah taknak dengar, nyaris-nyaris aku nak lempang
dia kalau tak kerana aku fikir dia anak orang. Hoho. Jadi 2 mata disitu. Lepas
tu, certain orang macam meng-ignore-kan aku. Sangat sakit hati ye, 3 point di
situ. Masa petang tu pulak, aku ternampak crush aku berdua dengan crush dia,
dan korang tahu tak diorang nampak sangat sepadan?? Aku tersentap di situ. 4
point disitu. Balik dari Alamanda malam tu terus bincang kaunseling dan sedut
drama sikit2. Aku tak sempat nak sedut anime dari Acai punya hard disk lalu aku
pon cakap kat dia, acai, aku tak sempat lagilah nak sedut anime dari hard disk
ko. Dan korang tau apa dia cakap, MAMPUSLAH. Homaigad! Aku terus cakap,
finelahh, dah orang cakap gitu kan, takpelah, malas nak sedut. Terus aku blah
ngan 3 dara pingitan. 5 point. Pastu dapat tau Nas dah beli iPhone 5. Hadoiii,
terus mata aku berkaca time ni. Mana taknya, orang sekeliling aku sume dapat
apa yang aku idamkan. Roommates dapat Samsung Galaxy Note dengan iPad 4. Aku?
Hape pon tade…
Sepanjang jalan mata aku dah kabur dah, nasib Cik Yuppiee
jalan dengan I, pastu terserempak ngan D.D (Dinie n Dhia) tapi aku tak tegur
sebab air mata tengah laju. Bila sampai blok, aku macam dah ok sikit dah, tapi
bila Cik Yuppiee dan Cik Mai berlalu, terus I nanges balik dekat bahu Cik Nas.
Satu-satu benda mengecewakan aku citer. Sampai tang crush tu, terus Cik Nas
kata, oooo tulah puncanya kan? Haha, malulah saye, tapi kalau benda tu je tanpa
benda2 kecik lain yang jadi aku takkan beremosi sebegini. Heh.
So, mana bab kebahagiaannya? Haha, okay masuk bab tu pulak.
Bila dah rasional balik, Cik Mai mesej kita, bagi nasihat dan kata-kata
ingatan. Dan paling best bila Cik Mai kata dia concern pasal saya ^^ Hoyeahh, I
feel loved giteww. Dan yang jadi punca aku gitu sebenarnya kekecewaan dek
kerana rasa tidak mendapat apa yang aku impikan. Okaylah kawan-kawan, sebenarnya
kita kena ingat, apa-apa yang kita dapat tu sebab Allah tahu tu hak kita. Jadi,
bila kita tak dapat sesuatu yang kita impikan, bukan bermaksud Allah tak sayang
kita. Tidak sama sekali hokayy. Sebenarnya ada sebab kita tak dapat. Mungkin
Allah rasa masa ni tak sesuai untuk kita dapat apa yang kita nak. Mungkin untuk
aku, aku akan jadi makin leka kalau dapat iPad atau iPhone 5 tu kan, siapa
tahu? Dan kenapa crush aku tu tak jadi milik aku? Mungkin dia bukan jodoh aku,
atau mungkin Allah kata, tunggu dulu, sekarang bukan masa untuk fikir tentang
cinta, mungkin aku tak bersedia. Atau paling asas, Allah taknak aku terjebak
dengan segala maksiat yang berpunca dari cinta. Haa, logik tak?
Firman Allah subhanahu wataala,
"Boleh
jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia baik bagimu" (Al-Baqarah, 216)
"Baramgkali kamu tidak
menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak"
(An-Nisa, 19)
Jadi, bahagia tu datang dari pelbagai aspek. Bila aku
duduk-duduk muhasabah diri, fikir-fikir balik apa yang aku ada, banyak sangat
weh kalau nak dibandingkan apa yang aku tak dapat tu. So, kenapa aku pilih nak
sedih sedangkan banyak perkara hepi di sekeliling aku. Jom tengok satu-satu.
Aku ada keluarga yang sangat sayangkan aku. Mak, Abah dan
Abang. Dan alhamdulilah, aku masih ada parents lagi, cuba bandingkan dengan
anak yatim, bertuah kan aku? Keluarga kitorang mungkin tak kaya dari sudut
harta, tapi dari segi kasih sayang, alhamdulilah, terlebih-lebih. Plus kekucing
yang manja sesangat ngan aku. Hehehe.
Kengkawan yang sentiasa ada di kala suka dan duka. Kekadang
tu bila sedih aku dok sesorang je, yelah, kawan-kawan pon ada masa untuk
diorang bersendirian kan. Tapi setakat ni, adalah orang nak pujuk-pujuk aku
masa sedih. Nak cerita masalah ke, mintak pendapat atau nasihat ke, nak
tegur-tegur aku bila salah ke, sama-sama mengingati ke, alhamdulilah, ada. Dan
yang paling manis dalam berteman ni, bila aku dikelilingi orang-orang yang
sama-sama nak berubah. Alhamdulilah, ada support group dah, yang penting
sekarang diri sendiri J
Nikmat tubuh badan sihat dan sempurna. Memang aku berisi
sikit, tapi selagi sihat, alhamdulilah. Mungkin ada hikmah badan berisi, malu
nak pakai ketat-ketat. Alhamdulilah :)
Ada banyak lagi tapi cukuplah apa yang aku sebutkan di
atas. Nak banding dengan tak dapat gadjet terkini atau tak dapat lelaki yang
diidamkan? Hmm, aku lebih rela tak dapat semua tu dari hilang nikmat-nikmat
yang aku dapat sekarang ni. Kesimpulannya, kalau korang down, sedih tak dapat
something, kecewa dengan sesuatu, duduk tenangkan diri dan muhasabah diri.
Kadang-kadang kita lupa, apa yang kita ada sekarang ni sebenarnya jauh lebih
baik dari apa yang kita tak dapat.
"Aleen sayang, for God works in mysterious ways, bersabarlah my ukhti...
rezeki Allah ada untuk semua hambanya, datangnya cepat atau lambat atau
mungkin dalam bentuk berbeza..."
-Maisarah Fadzil, 2013-