Semester 5.
Tup tup dah masuk tahun 3 dah.
1 and a half year to go.
Haish.
Lipatan hidup sebagai degree student bakal berakhir.
Sementara ni, harap lebih banyak memori dapat dicipta,
dan sayang makin bertambah.
Selepas apa yang berlaku masa cuti haritu,
malas nak cerita,
akhirnya menyambung kembali perjalanan sebagai pelajar.
Sem 5 bermakna gelaran "Guru" itu semakin hampir.
Sungguh, aku risau dan bimbang.
Cocokkah aku sebagai guru?
Bebanan dah mula terasa,
Subjek pun ada yang payah nak dihadam,
Tapi, azam takkan dilupakan,
aku nak dean list lagi.
Kejar first class degree,
Hapuskan hutang PTPTN (kekekeke XD)
Semester 5.
Kini kami pula yang jadi senior,
Marahkan adik-adik,
bukan sebab membenci,
kami cuma mahu para Lekiurian jadi manusia luar biasa,
Bukan hidup pentingkan diri.
Degree tu takkan bawak kau ke mana-mana,
Kalau hidup kau takde adab.
