Showing posts with label Rindu. Show all posts
Showing posts with label Rindu. Show all posts

Sunday, December 13, 2015

Missing You.

"It's hard when you miss people. But, you know, if you miss them, it means you are lucky. It means you have someone special in your life, someone worth missing." (Nathan Scott)

*Mood: Rindu T^T*

Rindu. Sangat.
Rindu kene sakat.
Rindu lepak-lepak.
Rindu dengan gelagat classmates yang entah apa apa.
Rindu nak jumpa Kak Hana.
Rindu Nas, Yuppie, Yanti, Mai, Acap
Rindu "orang Melaka" yang tengah sibuk dengan assignments dan PSM dia.
Rindu serumpun.
Rindu Nasi Ayam Penyet.
Rindu UPM.

Okay, tak sangka rindu UPM. Rindunya bila semua takde lagi kat depan mata. Sape cakap jadi dewasa ni best? Adik-adik, sila hargai zaman sekolah anda, pesanan ikhlas seorang dewasa yang tak sedar diri dah tua XD

*bila nak habis rindu ni woii?*

Sunday, August 3, 2014

Awkward.

Janggal.

Duduk berhadapan,
saling tersenyum,
yang terzahir,
mungkinkah apa yang di hati?

Berubah.

Yang di depan mata
bukan lagi sama
seperti tahun tahun yang lalu.

Sungguh, aku rindu kau yang dulu.

Wednesday, August 21, 2013

21 and Hari Raya :D

21.
Tak sangka itu umur aku dekat dunia ni sekarang.
Cepatnya masa berlalu,
lagi-lagi lepas masuk U.
Terkejar-kejar alih-alih dah masuk tahun baru,
dah tambah umur satu lagi.
Sepupu-sepapat yang dulu sememeh,
main mak-mak, masak-masak sesama,
sekarang dah besar panjang,
lagi tinggi daripada aku.
Kalau ikut giliran,
yang paling besar aku dengan abang aku.
Kira, kitorang next in the list yang 
akan kawen dulu,
Kalau jodoh dah sampai.
:3

2013.
Dah 4 tahun aku tinggalkan alam persekolahan.
Dah lama tak jumpa kawan-kawan seangkatan,
dan bila jumpa, tergamam habis
sebab masing-masing dah berubah.
Dah besar. Dah matang.
Kalau dulu kanak-kanak riang,
sekarang dah bakal-bakal emak bapak kanak-kanak riang.
Kalau dulu bergantung pada natural beauty,
sekarang dah pandai menepek make up di muka,
Kalau dulu single,
sekarang dah berpunya.
4 tahun bukan sekejap.
Tak dapat bayangkan kalau lepas sepuluh tahun macam mana.

Rindu.
Rindu zaman selebet,
zaman lari-lari main cop tiang,
zaman "love is not a serious thing"
zaman rehat dekat kantin, bukan restoran.
Rindu.Sangat.
Dulu nak jumpa senang,
sekarang semua dah bekerja,
dapat cuti pun sikit je,
Dah ada komitmen masing-masing.

Tapi lumrah alam.
Menjadi dewasa dan seterusnya tua itu pasti.
Berubah itu mesti.

:: Brothers ::

 :: Keluarga Busu ::

:: Keluarga Mak Cik ::

 :: Keluarga Mak Teh ::

:: Belah Emak ::

:: 3 Beradik & Partners ::

:: Sisters ::

:: We're Cousins! :P ::

:: Ex - SKPP ::

Alhamdulilah,
Raya 2013,
satu lagi raya yang bermakna,
Moga ukhuwah antara kita terjalin,
in sha Allah sampai Jannah.
Aamiin :')


Lots of Love:
AzleenSamah'13

Monday, August 12, 2013

Raya Ketiga. Raya Bersama. :)

Assalamualaikum w.b.t.

Jyeahh! Akhirnya event yang ditunggu setiap kali raya telah berlangsung sabtu lepas aka raya ketiga. Hmm, event ape? Mestilah raya bersama satu kelas aka marhaban atau baraan kelas. Selalunya aku ikut group sendiri je. Mana yang free lah, sekali dengan aina thaqifah, aziah, balqis dan faizah. Ni yang selalu sama-sama la. Kitorang selalu lalu dalam sebab senang sikit tak banyak kenderaan dan ada yang takde lesen lagi masa tu. Hehe. Sekarang dah lain, dari motor dah tukar kepada kereta pulak.

Haa, alkisahnya sabtu lepas sepatutnya raya ramai-ramai satu kelas. Aku macam biasa saing dengan aina dan aziah. Balqis tak ikut sebab dia kerja dekat Guardian, masuk pukul 12 tengahari. Mengikut kata Emi, patutnya kumpul dekat rumah Zimah, jadi kitorang naik motor sampailah Pt Lapis Semarang, tup tup bukan kumpul dekat situ. Rupanya Zimah ada hal. Disebabkan takde orang respon post Emi dekat FB, jadi dia ingat takde orang nak ikut. Jadi kitorang pun patah balik, raya rumah Balqis jap, lepastu balik rumah aina. Dekat rumah Aina lama jugak sebab tunggu Emi, Helmi dengan Faez datang. Ingatkan naik motor, rupanya kereta. Memandangkan kereta tu macam besar je, (faez kecik), kitorang pun menyumbatkan diri ke dalam kereta itu. Hahaha. Kesian Faez trauma.XD

Baraan sebenar mula lepas tu sebenarnya. Haha. Walaupun kitorang berenam je, kecoh boleh tahan jugaklah. Seronok dapat jumpa sesama sendiri, sebab kawan masa sekolah ialah kawan yang paling lama kita kenal kan. Nak gaduh-gaduh manja pun boleh. Haih. Rindu zaman sekolah dulu. Kitorang teruskan dengan rumah aku, pastu rumah Ishmah. Dekat rumah Ishmah ni terciptalah skandal baru, Aina dengan Emi. Konfiden je Emi tanya, ko nak dengan aku tak Aina? Aku speechless je dengar. Nasib bukan tengah minum air, kalau tak free je Helmi kena sembur. Hahaha. Yang Aina pun melayan je, cair jugaklah telinga aku mendengar dialog diorang semalam. Bukan cair sebab sweet, tapi cair sebab geli hokayy!Hahahha. Pastu kitorang pergi rumah Faez. Dan seterusnya rumah Aziah, kena cepat-cepat sebab abang sayang dia nak datang 1 keluarga. Ahaks.

Lepas rumah Aziah, kitorang terus pergi rumah cikgu Zabedah. Sebab cikgu Razak takde kuar beraya. Alahaii, aku nak gi rumah cikgu Razak. Lama wehh tak jumpe cikgu, walaupun dia mungkin dah tak ingat aku dan aina, tapi kitorang ada Emi, so selamat. Kehkeh. So, lama jugaklah dekat rumah cikgu Zabedah. Cikgu cakap kat aku, jadi cikgu BI ni besar pahala. Aku pon terpinga-pinga, dalam hati kata bukan semua cikgu pahala besar ke? Haha. Cikgu kata lagi jadi cikgu betul-betul, tolong anak Melayu yang tak reti BI. Haha. Aku senyum je, saya pun biasa-biasa je cikgu. Haih. Kebetulan cikgu bagi kitorang makan sup daging, aku makan bertambah gitu. Sukeeeeee..hehe.

Paling tak boleh blah bila beraya rumah makwe Helmi Kosni. Aiyoo, nama dak tu Nina, dan dia kawan Aziah. Jadi sangatlah awkward sebab aku dengan aina memang tak kenal langsung dak tu. Jadi Emi jelah banyak celoteh. Aku ngan aina buat hal sendiri. Faez sebok dengan BBnya. Yang helmi pon senyap jek. Tapi best jugaklah membahan si Helmi ni. Hahaha. Oh ya, tahun depan kena kuruskan badan sikit kalau nak jumpa diorang, takdelah kena tegur je. Haha. Habis beraya dalam pukul 7 lebih gitu. Terima kasih bebanyaklah kat Emi sebab sudi menghantar kitorang sampai rumah. Jasamu dikenang wahai Emi.

Kesimpulannya, walaupun tak semua ada, still aku rasa gembira sebab Allah je yang tahu betapa rindunya aku dengan budak-budak 5 Sn 1. Celoteh diorang, gelagat diorang, rindu sangat sangat sangat. Sebab kawan sekolah menengah adalah kawan yang paling lama kita sama-sama 1 kelas, nak cakap lepas pun tak risau diorang nak sentap ke hape. Hentam je. Hahaha. Semoga ukhuwah ni akan kekal sampai kitorang dah beranak cucu, dan in sha Allah sampai ke syurga :')

p/s: tade gambar sebab tak bawak kamera. Hoho. Lupa.

Friday, May 24, 2013

Miss Me?

Will you miss me?

when we far apart, 
walking on our on path,
searching for the right.

Will you miss me?

when I'm no longer in front of you,
when I suddenly disappear,
with no trace behind.

Will you miss me?

Miss me by my laugh,
miss me by my walk,
miss me by the way I talk to you,
missing all the time we spent together.

Will you miss me?
Coz I already miss you,
Even though you right 
in front of me :')





Wednesday, April 17, 2013

Rindu :')

Rindu sangat pada zaman persekolahan.
Rindu nak lepak dengan kawan-kawan,
Rindu nak lari dengan Jiah dan Eyza pegi kantin hari Jumaat semata-mata nak berebut mee hoon sup,
Rindu nak pusing 1 sekolah pagi-pagi dengan Jiah,
Rindu nak lalu tepi cikgu Razak, sebab dia wangi,
Rindu nak kacau Teacher Yatt,
Rindu nak lepak library sambil bual-bual dengan Puan,
Rindu nak pegi koop beli Oat Krunch,
Rindu jamuan raya kelas tiap-tiap tahun,
Rindu nak tido dalam kelas biologi,

Rindu, Rindu, Rindu teramat!

I miss each of my classmates! 5 Science 1 always in my heart :')

p/s: It's been almost 4 years already. SMKSG in memory :') Rindu yang terluah sebab Acap tunjuk gambar masa dia form six dulu. Huuuuu TT^TT

:: 5 Science 1, 2009 ::