Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera :3
Dilema perempuan 20-an yang masih belum ada pasangan (not me, for right now laa, hiuhiu)
Kawen, jodoh, pasangan, cinta.
Kelakar bila para pemudi duk sibuk cari pemilik tulang belakang, daripada cari bakal ayah kepada anak-anaknya, bakal imam solatnya, dan pelindung diri dan anak-anaknya.
Bagi aku laa kan, tak salah kut nak berangan dan duk sibuk mencari pasangan kita. Boleh nak cari, tapi jangan sampai terlampau obses. Asyik berangan nak kawen.
Ye saya tau, macam mana perasaannya. Saya sendiri dah 21 tahun. Memang risau sebab takde lagi orang datang merisik (eh jauh sangat), yang berkenan kat saya pun macam belum ada lagi. Memang tak salah nak berusaha, tapi bila dah terlampau obses nanti, pemikiran jadi tak rasional. Keputusan jadi celaru dan berakhir dengan sesuatu yang kita sangatlah nak elak, bercerai. Yelah, sibuk sangat nak kawen, sampai duk tangkap muat. Asal kawen katanya, maklumlah kang tua sikit lagi kena label andartu (kejam sungguh yang label gituu, huhu)
Nahh, tu baru satu point je. Wahai kaumku, si Hawa. Selalulah berpijak di bumi realiti. Tau sangat zaman sekarang kan para pemudi dijaja dengan cerita-cerita cinta fantasi dari drama korea dan slot akasia yang waktu siarannya sangatlah best (time maghrib kot :P). Part yang sweet-sweet je mesti rasa "alaaa bestnyeee, nak jugak macam tuuu!" Tau sangat macam mana rasanya, kita kan pemudi 20-an, hormon tengah tak stabil sangat (young adult kan?), tambah-tambah ada kalangan rakan dah sampai seru. Tapi, ingat, itu rezeki mereka. Allah SWT dah tetapkan masa terbaik kita untuk jodoh tu datang. Tak perlu sibuk mencari, yang penting jaga hati, jaga akhlak dan jagalah ibadah dan iman. Tak perlulah nak berpasangan yang masih belum halal (especially untuk mereka-mereka yang suka buat skinship semua tu). Ingat, berpegangan yang bukan halal itu lebih hina daripada kita pegang Khinzir (bayangkanlah).
Dan jangan letak harapan terlampau tinggi. Nanti jatuh sakit sangat. I've been there, I knew how hurt it is. Yelah, kita nak semua serba-serbi sempurna. Jangan lupa rakan-rakan, takde sorang pun manusia yang sempurna, kecuali Nabi Muhammad s.a.w :') Apa yang penting, kenalah terima baik buruk seseorang itu, sebab setiap orang ada kelemahan dan kekuatan masing-masing. Dan ingat, apa yang terzahir pada luaran tu tak semestinya menggambarkan dalaman seseorang. Ada je orang yang dari luar nampak perfect, baik, hensem, memang sempurnalah tapi sebenarnya dia ada sifat-sifat mazmudah macam panas baran, boros n etc. Who knows, right? Macam Albert Enstein, dulu dia dianggap takkan pernah berjaya sebab cikgu kata dia ni jenis budak lembam, turned out jadi genius yang dikenali satu dunia, Nabi Muhammad pulak, hidup dalam kemiskinan, walhal Allah boleh je nak bagi Nabi kita hidup kaya raya, tapi dia pilih hidup sederhana, bukan sebab dia tak berusaha, tapi sebab Nabi kita rasa sederhana tu dah cukup dah. Jadi berpijaklah pada realiti, paling kurang kalau jatuh pun, masih boleh bangkit berdiri, betul tak?
Berdoalahh, itu je yang penting. Lepastu baiki diri perlahan-lahan. Ingat balik tujuan kita kawen tu untuk apa. Kalau rasa-rasa untuk nafsu je, maknanya kamu belum bersedia lagi. Perkahwinan tu penuh dengan tanggungjawab kawan-kawan. Sebab kita bukan selamanya nak berdua je. Nanti ada anak-anak, tanya diri sendiri, rasa dah cukup ke ilmu di dada nak jadi ibu bapa ni? Dah rasa boleh nak jaga makan pakai orang lain? Saya pun masih dalam proses berubah, mempersiapkan diri, sebab kita taktahu bila waktu kita akan tiba. Jangan risau kawan-kawan, kalau lambat kawen tu tak bermaksud awak tak laku, tapi Allah bagi awak masa dan peluang untuk buat benda yang susah awak nak buat bila awak dah berkahwin. Sentiasalah bersangka baik, sebab Allah kan Maha berkuasa dan Dialah yang mengaturkan hidup kita dengan sebaik-baiknya.
Akhir kata, tak salah apa yang kawan-kawan rasa tu. Saya faham, sebab saya pun dalam lingkungan usia kawan-kawan :) Tapi, ingat balik tujuan hidup kita, apa tanggungjawab yang kita perlu pikul. Serahkan hati kita pada Allah, sebab Dialah penjaga terbaik. In Shaa Allah hidup akan tenang. Kita semua ni dah ditentukan pasangan kita masing-masing, cuma waktunya belum tiba. Masih ada masa untuk kita perbaiki diri. Semoga kawan-kawan dapat manfaat daripada tulisan saya ini.
Moga berjumpa lagi :)
Showing posts with label Kawen. Show all posts
Showing posts with label Kawen. Show all posts
Wednesday, November 27, 2013
Tuesday, January 22, 2013
Tips Mencari Jodoh (Wanita)
Assalamualaikum w.b.t
Hari ni mood ok, tapi dirosakkan sikit oleh sesuatu. Haih. Terus stress balik =_=''
Ok, tadi pegi jalan-jalan ke blog orang, lalu singgah di sini, LIVE AND DEAD
Ada satu entri bertajuk Jodoh-Usaha-Wanita. Well, seiring dengan usia, haha, aku pon mengklik.
Penulis ada berkongsi tips untuk wanita dalam usaha mencari jodoh yang dipetik dari novel Ustaz Farhan Hadi; Denyut Kasih Medik. Tipsnya ialah;
Hari ni mood ok, tapi dirosakkan sikit oleh sesuatu. Haih. Terus stress balik =_=''
Ok, tadi pegi jalan-jalan ke blog orang, lalu singgah di sini, LIVE AND DEAD
Ada satu entri bertajuk Jodoh-Usaha-Wanita. Well, seiring dengan usia, haha, aku pon mengklik.
Penulis ada berkongsi tips untuk wanita dalam usaha mencari jodoh yang dipetik dari novel Ustaz Farhan Hadi; Denyut Kasih Medik. Tipsnya ialah;
"Berusaha menyediakan diri sebagai produk solehah yang diidam-idamkan. Biasanya, produk soloehah yang bermutu tinggi dari segi agama dan akhlaknya mempunyai permintaan tinggi di dunia dan di akhirat. Apabila sesuai masanya dan tepat orangnya, serahkanlah kesediaan hati anda untuk dirisik dan dipinang dengan jalan yang syarak.
Berusaha mengawal diri supaya jangan gedik, mudah menyerah dan mudah melayan kerana wanita sebegini biasanya begitu senang untuk dimiliki oleh lelaki yang tidak berakhlak sahaja. Biasanya wanita yang senang dimiliki (hanya dengan sedikit godaan berupa SMS, call, puji-pujian dan lain-lain), senang pula untuk dipersia-persiakan.
Berkawan dengan rakan-rakan sejantina yang solehah. Jodoh anda mungkin di kalangan abang mereka, saudara mereka dan sebagainya yang soleh-soleh juga. Jelaskan niat bahawi itu bukan matlamat tapi wasilah semata-mata.
Jika anda terpikat kepada agama dan akhlak seorang lelaki dan anda ingin memulakan, pilihlah cara melalui orang tengah yang soleh. Jangan menghantar hasrat terus kepadanya kerana ia boleh menjatuhkan martabat dan kemuliaan "malu" anda di matanya.
Minta ibu bapa, abang, atau saudara-mara yang mencarikan untuk anda.
Jika anda dirisik secara langsung oleh seseorang lelaki dan anda memang menyenangi agama dan akhlaknyaserta berkeyakinan dia boleh berubah menjadi lebih baik, mintalah dia merisik dengan cara yang lebih mulia iaitu dengan terus melibatkan ibu bapa, bukan hanya dengan berdua-duaan antara anda dan dia. Ingat cara yang menggunakan orang tengah dan menjauhi fitnah itu adalah cara yang dilakukan oleh Rasulullah SAW."
Nice kan? Kalau kita tengok balik tips di atas, tak ada pon cakap kita kena couple dan mencuba nasib dengan lelaki seramai yang boleh, macam apa yang jadi trend muda mudi zaman sekarang, kan?
Bukanlah niat aku nak sindir sesiapa, sebab aku pun tak suka disindir, hehe, tapi sebagai seorang muslimin/muslimah, apa-apa pun yang kita buat sehari-hari, kena rujuk balik kepada Islam. Bukan setakat tunaikan fardu ain dan kifayah sahaja, tetapi menjadikan Islam sebagai cara hidup kita semua. In Shaa Allah.
Sememangya kita sebagai manusia, sangatlah tidak sempurna, tapi apa-apa pun kita perlu cuba untuk berubah ke arah yang lebih baik. Mungkin iman kita rendah sekarang ni, tapi tak bermakna kita kena terus jadi macam tu, sebab pemikiran kita telah disetkan yang kita memang macam tu, dan tak boleh diubah. No no no.
Bercakap pasal perubahan, aku tahu payahnya untuk kita istiqamah dalam sesuatu perubahan. Yup, aku pun masih belum berjaya mencapai matlamat perubahan aku, tetapi tak bermakna itu menjadi sebab untuk aku berhenti, ye dak? Hehe. Tambah-tambah dengan faktor-faktor dalaman (diri sendiri) dan luaran (hiburan, rakan-rakan, benda2 lagha). Jadi, aku tahu memang senangnya berkata-kata daripada melakukannya. So, don't judge me. Huehue.
Wednesday, December 26, 2012
Kahwin. Kawen. Married. Nikah.
Bulan 4 yang lepas, genap umur aku masuk 20 tahun.
*tarik nafas dalam-dalam*
Tak sangka aku dapat hidup sampai 20 tahun lamanya, dan tengah dalam perjalanan nak masuk 21 tahun.
Dulu, eh bukan, tahun lepas, masa umur 19 tahun, aku kerja kejap dekat tempat lama aku dulu.
Sekali dengan Kak Shima, kawan masa kerja pertama kali dulu..
Aku selalu jugak nampak kak Shima termenung, kadang-kadang mengeluh, lagi-lagi kalau cerita pasal masa depan, kawen...
Aku pelik jugak sebenarnya (muda lagi kan, 19 baru), pastu tanyalah dekat kak Shima, kenapa?
Jawapan dia, aku ingat sampai sekarang, dan mungkin sampai bila-bila, sebab aku tengah melalui apa yang dia rasa masa tu.
Dia kata, "alin, masuk umur 20 tahun ni lain rasanya. nanti kalau alin dah masuk umur 20 nanti, alin tahulah kenapa," masa tu aku buat endah tak endah je, siap gelak-gelak lagi kan. hahaha.
Nak tau apa lainnya dengan umur 20 tahun ni?
Bila masuk umur 20 tahun, kau dah mula fikir pasal kahwin, dan kaum berlainan jantina.
Dan lagi menambahkan gelora di jiwa ialah bila kau mula nampak post dari kawan-kawan sebaya kau,
yang diorang nak bertunanglah, nak nikah minggu depanlah, nak kawen tahun depanlah,
sedangkan korang baru 20 tahun, dan korang single pulak tu. EHEH.
DenaBahrin :: satu contoh yang memberi kejelesan di dalam hati...
Ye, ye, aku dah rasa, sebab tu aku berani cakap.
Dan hari ni, aku dapat tau anak kepada kawan ayah aku, yang sebaya aku, dah nak kawen tahun depan.
What?? =_=''
Tergugat jugak. Hewhewhew. *manelah mr.Right aku pergi nih*
Sebagai seorang perempuan yang normal, keinginan tu ada beb. Nak jugak ada mr.Husband, takpun en.Boipren ke kan, tapi bila fikir-fikir balik, eh, tunggu, aku ada banyak impian tak capai lagi, kenapa perlu tergesa-gesa kan? *ayat pujuk hati, HAHA*
I mean, hey, baru 20 tahun lah, takde apa perlu dirisaukan, lainlah kalau dah menginjak 30 tahun, tu memang perlu risau.
Bila malam-malam aku pejam mata, mengelamun sorang-sorang, satu-satu impian aku muncul dalam kepala.
Nak travel seluruh dunia lah, nak bukak tadika dan nursery lah, nak bukak kedai buku dan bakeri lah, nak bawak mak ayah jalan-jalan dengan pergi Mekah, eh, banyaklah lagi. Tak larat nak tulis semua. Dan yang paling penting, aku belum dapat nak berbakti kepada ibu bapa lagi. Yelah, sebab I kan belajar lagi U~
:: moga tercapai, aamiin ::
Jadi, buat individu-individu yang memiliki masalah ini, ku ingin pesan, pertama, jangan nak tergesa-gesa sangat, orang lain sibuk nak kawen, awak pun nak kawen jugak. Sesungguhnya kawen itu sangatlah besar tanggungjawabnya, bukan sekadar grand wedding mahupun honeymoon dekat luar negara, lagi-lagi buat kita yang beragama Islam ini. Kedua, kalau bergelora sangat hati tu, ingatlah wajah ibu dan ayah kita di rumah, ingat balik apa yang kita dah bagi kat mereka, sepanjang hidup dekat dunia ni. Dan akhir sekali, ingatlah, jodoh itu di tangan Allah, apa-apa silalah kembali ke pangkuan-Nya. Sesungguhnya Allah jualah yang mengatur perjalanan hidup ini. Mintalah kepada-Nya. Jangan dilupakan.
sekian :)
Subscribe to:
Posts (Atom)

