Thursday, December 27, 2012

Hobi yang Terpadam : Melukis


Dulu-dulu, masa sekolah rendah, aku dah terpengaruh dengan anime dan manga. Ingat lagi, perlian yang memakan diri, pernah cakap " Apelah yang best sangat dengan Detective Conan tu?" sebab masa tu ada sorang kawan jadi pembekal komik-komik DC, bawa sembunyi-sembunyi pergi sekolah, dan peminjam majoritinya PENGAWAS. Tak lama lepastu, abang aku pinjam komik DC, dan dari situlah aku mula baca komik nih, siap jadi pembaca setia tau.

:: Kegilaan zaman muda ::

Jadi, dari sekolah rendah aku memang dah minat nak melukis, lagi-lagi hobi utama aku ialah menconteng buku-buku latihan lama. Haha. Habis semua buku aku conteng dengan lukisan-lukisan picisan. Masuk sekolah menengah, jumpa pulak dengan Hawa, Ainaa dan Ishmah yang ada bakat melukis jugak. *ehem, aku ada jugak sikit-sikit bakat melukis ni*

Tapi yang tak bestnya, masa menengah rendah, aku punya cikgu pendidikan seni tak berapa nak seni. Sebab diorang bukan major Pend. Seni, tapi kena mengajar seni. Paling aku hangin, bila cikgu sains aku disuruh ajar kitorang pend. seni. Dah habis masa pend. seni kitorang pun dipulunnya dengan sains. Hish. Ada juga buat lukis-lukis, tapi selalunya kitorang dapat markah rendah T^T. Wuwuwu bukannya nak ajar sangat, kitorang beginner kot. Hancur hatiku. 

Masa tingkatan 4 pon aku tak ambik pendidikan seni visual. Sebab masa tu dah ambik ICT, jadi macam beban lah jugak kalau tambah PSV, lagi-lagi sebab aku aliran sains tulin. Memang parah lah kalau tambah lagi. Jadi melukis tu cuma jadi hobi, yang lama-lama terpadam lagi-lagi bila dah masuk U. Takde geng nak melukis. 

Tapi, baru-baru ni naik balik semangat aku nak melukis. Sebab masuk UPM aku jumpa dengan Yanti. Dan sekarang pun dah rapat dengan Mai, seorang yang kreatif dan pencinta seni, terutamanya seni lukis. Haritu dia pergi The Gardens dekat-dekat Mid Valley dan telah terjumpa sebuah kedai arts yang superb hebat! O_O

Dia kata nak beli easel satu. Apa itu easel? Meh tengok kat bawah ni.
:: Easel ::

Hehe. Teringin jugak nak beli satu. Tak mahal pon. RM100++ kalau tak silap, kat kedai tulah. Lepastu kat kedai itu ada macam-macam jenis cat, berus lukisan, kanvas, dan tidak ketinggalan felt dan barangan kraf lain. Hadoii, nasiblah aku tak ikut masa tu, kalau tak kopak den kopak. 

Buat masa ni aku nak belajar sketching dan teknik warna air. Hmhm. Aku rasa aku suka warna air sebab senang nak blend, dan hasil dia pon cantik, kalau reti lah.

:: Cantik kan? ::


Jadi, azam sem depan *harap-harap tak sibuk sangat* ialah untuk menghidupkan balik hobi yang satu ni. Nak pergi bukit ekspo petang-petang dan melukis. *oh indahnya, oh bahagianya* selain jadi hobi, melukis pon boleh jadi terapi. Jangan fikir sangat skil melukis korang, atau hasilnya. Tapi nikmatilah ketenangan ketika melorekkan warna-warna di kanvasmu itu~ ARTS IS SUBJECTIVE ~



Wednesday, December 26, 2012

Kahwin. Kawen. Married. Nikah.


Bulan 4 yang lepas, genap umur aku masuk 20 tahun.
*tarik nafas dalam-dalam* 
Tak sangka aku dapat hidup sampai 20 tahun lamanya, dan tengah dalam perjalanan nak masuk 21 tahun.

Dulu, eh bukan, tahun lepas, masa umur 19 tahun, aku kerja kejap dekat tempat lama aku dulu.
Sekali dengan Kak Shima, kawan masa kerja pertama kali dulu..
Aku selalu jugak nampak kak Shima termenung, kadang-kadang mengeluh, lagi-lagi kalau cerita pasal masa depan, kawen...
Aku pelik jugak sebenarnya (muda lagi kan, 19 baru), pastu tanyalah dekat kak Shima, kenapa?
Jawapan dia, aku ingat sampai sekarang, dan mungkin sampai bila-bila, sebab aku tengah melalui apa yang dia rasa masa tu.
Dia kata, "alin, masuk umur 20 tahun ni lain rasanya. nanti kalau alin dah masuk umur 20 nanti, alin tahulah kenapa," masa tu aku buat endah tak endah je, siap gelak-gelak lagi kan. hahaha.

Nak tau apa lainnya dengan umur 20 tahun ni?

Bila masuk umur 20 tahun, kau dah mula fikir pasal kahwin, dan kaum berlainan jantina.
Dan lagi menambahkan gelora di jiwa ialah bila kau mula nampak post dari kawan-kawan sebaya kau, 
yang diorang nak bertunanglah, nak nikah minggu depanlah, nak kawen tahun depanlah,
sedangkan korang baru 20 tahun, dan korang single pulak tu. EHEH.

DenaBahrin :: satu contoh yang memberi kejelesan di dalam hati...

Ye, ye, aku dah rasa, sebab tu aku berani cakap.

Dan hari ni, aku dapat tau anak kepada kawan ayah aku, yang sebaya aku, dah nak kawen tahun depan.
What?? =_='' 
Tergugat jugak. Hewhewhew. *manelah mr.Right aku pergi nih*

Sebagai seorang perempuan yang normal, keinginan tu ada beb. Nak jugak ada mr.Husband, takpun en.Boipren ke kan, tapi bila fikir-fikir balik, eh, tunggu, aku ada banyak impian tak capai lagi, kenapa perlu tergesa-gesa kan? *ayat pujuk hati, HAHA* 

I mean, hey, baru 20 tahun lah, takde apa perlu dirisaukan, lainlah kalau dah menginjak 30 tahun, tu memang perlu risau.

Bila malam-malam aku pejam mata, mengelamun sorang-sorang, satu-satu impian aku muncul dalam kepala.
Nak travel seluruh dunia lah, nak bukak tadika dan nursery lah, nak bukak kedai buku dan bakeri lah, nak bawak mak ayah jalan-jalan dengan pergi Mekah, eh, banyaklah lagi. Tak larat nak tulis semua. Dan yang paling penting, aku belum dapat nak berbakti kepada ibu bapa lagi. Yelah, sebab I kan belajar lagi U~ 

:: moga tercapai, aamiin ::

Jadi, buat individu-individu yang memiliki masalah ini, ku ingin pesan, pertama, jangan nak tergesa-gesa sangat, orang lain sibuk nak kawen, awak pun nak kawen jugak. Sesungguhnya kawen itu sangatlah besar tanggungjawabnya, bukan sekadar grand wedding mahupun honeymoon dekat luar negara, lagi-lagi buat kita yang beragama Islam ini. Kedua, kalau bergelora sangat hati tu, ingatlah wajah ibu dan ayah kita di rumah, ingat balik apa yang kita dah bagi kat mereka, sepanjang hidup dekat dunia ni. Dan akhir sekali, ingatlah, jodoh itu di tangan Allah, apa-apa silalah kembali ke pangkuan-Nya. Sesungguhnya Allah jualah yang mengatur perjalanan hidup ini. Mintalah kepada-Nya. Jangan dilupakan. 

sekian :)

"Wak Gelas Besar 1st Giveaway: Secondhand Ipod"

Guys, giveaway ni buat mataku terbeliak wooo~ O_O

klik banner ini untuk join ^ ^


IPOD kot~ even secondhand, still my dream item! hukhuk T^T (harap-harap dapat)

kalau nak join, ikut arahan-arahan di bawah ye :)


1. Mestilah blogger warganegara Malaysia dan menetap beralamat di Malaysia 
2. Buat entry bertajuk "Wak Gelas 1st Giveaway: Secondhand Ipod" - dan biarkan entri sehingga tarikh tutup 
3. Paste Banner Di atas dalam entry itu ye
4. Mesti follow blog wak (wajib), dan masukkan dalam blogroll atau bloglist kawan2 (kalau ada - optional).
5. Copy URL Entry yg kawan2 dah buat diblog memasing di kotak Comment Entry ini sahaja. 

wish me luck bebeh! tenkiu~~

Thursday, December 13, 2012

Friend :)


A Friend Is Like...




A friend is like a forest,
Or a lovely,
calm blue sea,
A refuge from life’s problems,
As only a friend can be.
A friend is like a song,
Soothing to the brain,
Distracting us from trouble,
Neutralizing pain.
A friend is like some ice cream
On a sweltering summer day,
Making life delicious,
In a friend’s own special way.
A friend is like a blanket,
Bringing peace and rest,
A cocoon of warmth and pleasure;
When we are tired or stressed.
A friend is a bit of everything
That makes life good and sweet,
And you, my friend, are all that;
You make my life complete!


                                                                      By Joanna Fuchs