Tuesday, July 2, 2013

Bahagia Di Mana-Mana :D

Bismillahirrahmanirrahim…

Hari ni nak cerita sikit pasal bersyukur dan kebahagiaan. Haha. Poyo je kan tapi tiba-tiba terfikir nak cerita tentang ni sebab teringat insiden bulan mei haritu. Okay, ready ye.

Ada la satu hari tu kan, aku menangis dengan jayanya di malam hari. (Nota: menangis adalah terapi aku) Ditemani Cik Mai, Cik Nas, dan Cik Yuppiee. Kenapa aku nangis? Panjang ceritanya. Haritu kitorang ada pegi Wetland untuk sesi buat poem berkaitan alam semulajadi. Sebenarnya hari tu banyak sangat insiden mengecewakan yang berlaku kat aku. Kira malam tu memang kemuncak, dah sampai tahap maksima lah untuk aku. Cewaahh.

Semuanya bermula dari pagi lagi. Masa tu kerja novel aku tak siap lagi dan aku terpaksa gerak awal-awal pagi. So, lumrahnya memang aku cuak jugak lah petang tu nak kena hantar dah. So, 1 point di situ. Sampai dekat Wetland, salah sorang kawan aku pi cari pasal lak dengan aku, dengan memperkatakan benda yang aku dah taknak dengar, nyaris-nyaris aku nak lempang dia kalau tak kerana aku fikir dia anak orang. Hoho. Jadi 2 mata disitu. Lepas tu, certain orang macam meng-ignore-kan aku. Sangat sakit hati ye, 3 point di situ. Masa petang tu pulak, aku ternampak crush aku berdua dengan crush dia, dan korang tahu tak diorang nampak sangat sepadan?? Aku tersentap di situ. 4 point disitu. Balik dari Alamanda malam tu terus bincang kaunseling dan sedut drama sikit2. Aku tak sempat nak sedut anime dari Acai punya hard disk lalu aku pon cakap kat dia, acai, aku tak sempat lagilah nak sedut anime dari hard disk ko. Dan korang tau apa dia cakap, MAMPUSLAH. Homaigad! Aku terus cakap, finelahh, dah orang cakap gitu kan, takpelah, malas nak sedut. Terus aku blah ngan 3 dara pingitan. 5 point. Pastu dapat tau Nas dah beli iPhone 5. Hadoiii, terus mata aku berkaca time ni. Mana taknya, orang sekeliling aku sume dapat apa yang aku idamkan. Roommates dapat Samsung Galaxy Note dengan iPad 4. Aku? Hape pon tade…

Sepanjang jalan mata aku dah kabur dah, nasib Cik Yuppiee jalan dengan I, pastu terserempak ngan D.D (Dinie n Dhia) tapi aku tak tegur sebab air mata tengah laju. Bila sampai blok, aku macam dah ok sikit dah, tapi bila Cik Yuppiee dan Cik Mai berlalu, terus I nanges balik dekat bahu Cik Nas. Satu-satu benda mengecewakan aku citer. Sampai tang crush tu, terus Cik Nas kata, oooo tulah puncanya kan? Haha, malulah saye, tapi kalau benda tu je tanpa benda2 kecik lain yang jadi aku takkan beremosi sebegini. Heh.

So, mana bab kebahagiaannya? Haha, okay masuk bab tu pulak. Bila dah rasional balik, Cik Mai mesej kita, bagi nasihat dan kata-kata ingatan. Dan paling best bila Cik Mai kata dia concern pasal saya ^^ Hoyeahh, I feel loved giteww. Dan yang jadi punca aku gitu sebenarnya kekecewaan dek kerana rasa tidak mendapat apa yang aku impikan. Okaylah kawan-kawan, sebenarnya kita kena ingat, apa-apa yang kita dapat tu sebab Allah tahu tu hak kita. Jadi, bila kita tak dapat sesuatu yang kita impikan, bukan bermaksud Allah tak sayang kita. Tidak sama sekali hokayy. Sebenarnya ada sebab kita tak dapat. Mungkin Allah rasa masa ni tak sesuai untuk kita dapat apa yang kita nak. Mungkin untuk aku, aku akan jadi makin leka kalau dapat iPad atau iPhone 5 tu kan, siapa tahu? Dan kenapa crush aku tu tak jadi milik aku? Mungkin dia bukan jodoh aku, atau mungkin Allah kata, tunggu dulu, sekarang bukan masa untuk fikir tentang cinta, mungkin aku tak bersedia. Atau paling asas, Allah taknak aku terjebak dengan segala maksiat yang berpunca dari cinta. Haa, logik tak?

Firman Allah subhanahu wataala,

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia baik bagimu" (Al-Baqarah, 216)
"Baramgkali kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak" (An-Nisa, 19)


Jadi, bahagia tu datang dari pelbagai aspek. Bila aku duduk-duduk muhasabah diri, fikir-fikir balik apa yang aku ada, banyak sangat weh kalau nak dibandingkan apa yang aku tak dapat tu. So, kenapa aku pilih nak sedih sedangkan banyak perkara hepi di sekeliling aku. Jom tengok satu-satu.
Aku ada keluarga yang sangat sayangkan aku. Mak, Abah dan Abang. Dan alhamdulilah, aku masih ada parents lagi, cuba bandingkan dengan anak yatim, bertuah kan aku? Keluarga kitorang mungkin tak kaya dari sudut harta, tapi dari segi kasih sayang, alhamdulilah, terlebih-lebih. Plus kekucing yang manja sesangat ngan aku. Hehehe.

Kengkawan yang sentiasa ada di kala suka dan duka. Kekadang tu bila sedih aku dok sesorang je, yelah, kawan-kawan pon ada masa untuk diorang bersendirian kan. Tapi setakat ni, adalah orang nak pujuk-pujuk aku masa sedih. Nak cerita masalah ke, mintak pendapat atau nasihat ke, nak tegur-tegur aku bila salah ke, sama-sama mengingati ke, alhamdulilah, ada. Dan yang paling manis dalam berteman ni, bila aku dikelilingi orang-orang yang sama-sama nak berubah. Alhamdulilah, ada support group dah, yang penting sekarang diri sendiri J

Nikmat tubuh badan sihat dan sempurna. Memang aku berisi sikit, tapi selagi sihat, alhamdulilah. Mungkin ada hikmah badan berisi, malu nak pakai ketat-ketat. Alhamdulilah :)

Ada banyak lagi tapi cukuplah apa yang aku sebutkan di atas. Nak banding dengan tak dapat gadjet terkini atau tak dapat lelaki yang diidamkan? Hmm, aku lebih rela tak dapat semua tu dari hilang nikmat-nikmat yang aku dapat sekarang ni. Kesimpulannya, kalau korang down, sedih tak dapat something, kecewa dengan sesuatu, duduk tenangkan diri dan muhasabah diri. Kadang-kadang kita lupa, apa yang kita ada sekarang ni sebenarnya jauh lebih baik dari apa yang kita tak dapat.


"Aleen sayang, for God works in mysterious ways, bersabarlah my ukhti...
rezeki Allah ada untuk semua hambanya, datangnya cepat atau lambat atau
mungkin dalam bentuk berbeza..."
                                      
                                                                -Maisarah Fadzil, 2013-

No comments:

Post a Comment