Showing posts with label Semester 6. Show all posts
Showing posts with label Semester 6. Show all posts

Tuesday, April 1, 2014

April! :3



It's finally April! Hurray!
I always waiting for april to come because it's my month.
Also because our mid sem break is on april.
I'm 22 this year, alhamdulilah :)
I'm trying hard to make this life a memorable one so that when I'm old,
I have enough memories to look back at.
Hehe :)

Monday, February 17, 2014

UPM oh UPM!

17 Februari 2014.

Hari pertama untuk sem 6. Oh my, rasa macam baru semalam kot aku daftar masuk kat UPM.
Hee :D Ada setahun lagi lepas tu aku grad dah (eh, praktikal dulu!). Yeay! Tapi apa pun masih taktau apa akan berlaku dalam masa setahun tu. Kot kot aku kena extend sem ke, hape ke (mintak simpang, huhu), tapi harapnya semua okay saje. Untuk adik-adik yang baru nak start jadi student U september nanti, ambik peluang ni dok manja manja ngan mak bapak. Nanti rindu pulak, rindu rumahlah, rindu parentslah, rindu kucing/burung/hamster/dll. Akak pun tengah homesick sikit ni TT^TT Semester 6 ni pun aku rasa agak mencabar sebab ada teater dengan projek akhir tahun. Wuwuwuwu kena buat research dan apa yang pasti susah nak balik rumah sebab hari jumaat pun ada kelas sampai pukul 5. Isk Isk. Takpelah, demi anak bangsa dan English tercinta, aku rela! Sape kata nak jadi cikgu tu senang? Huhuhu.

Apa-apa pun, doakan agar semester baru ni berlalu dengan baik baik saja. *aamiin.*

Thursday, February 6, 2014

Kurus! Kurus! Kurus!

Okay,
dah lama dah azam nak kurus ni terpendam. Muahahaha. Aku ni jenis tak suka lari, jadi nak jogging tu memanglah payah. Kesian kasut sukan tersadai je dekat rak kasut T^T

Memandangkan kengkawan aku semua kurus-kurus belaka (takyah jogging dah), maka aku kenalah jogging sesorang. Yanti pun dah pindah Serumpun, takde geng nak jogging pepagi. Tapi memang sebenarnya aku rasa berat sangat dah ni. Baju kurung time dinner asasi dulu pun iolls dah tak muat dah, huwaa TT^TT

Yuppiee sangatlah mencadangkan aku supaya jogging neh, sebab ada sorang kawan dia ni dulu gemuk sangat, lagi gemuk dari aku, tapi berkat dia rajin jogging tiap-tiap hari, badan dia dah cantik dan fit dah sekarang. Haa, lagi satu yuppiee kata kalau jogging, lemak yang baru-baru berkumpul ni yang akan nyah dulu. Hee, semangat memanglah ada, tapi bila nak gerak gi jogging je, rasa macam ada batu 50 kg kat bontot punggung ni haa.

Nak jadi ceritanya, semalam terjumpalah blog sorang budak pompuan ni, nama dia Teha, dia kongsi pengalaman hilang 10 kg dalam masa 2 bulan. Tanpa supplemen/ubat kurus/ dll. Terkejut kucing lah aku membacanya, yelah nak hilang 2 kg pun bukan main payah, naik 2 kg dan ke atas yang senang je nak buat. Hehe.

Klik je kalau nak baca pengalaman si Teha ni :3

Jadi, automatik rasa semangat membuak-buak balik. Kalau aku hilang 10 kg, huih, dapatlah melaram sikit masa Mapura nanti, kurus gila kot. Hikhik. Haih, apa-apa pun, DISIPLIN tu penting. Nampaknya aku kena jugak buat sebab sem 6 ni sangat memerlukan stamina yang kuat kalau tak penat sangat nanti.

Sape sape yang nak kurus tu, ingat ye, yang penting DISIPLIN dan juga jaga makan. :3