17 Februari 2014.
Hari pertama untuk sem 6. Oh my, rasa macam baru semalam kot aku daftar masuk kat UPM.
Hee :D Ada setahun lagi lepas tu aku grad dah (eh, praktikal dulu!). Yeay! Tapi apa pun masih taktau apa akan berlaku dalam masa setahun tu. Kot kot aku kena extend sem ke, hape ke (mintak simpang, huhu), tapi harapnya semua okay saje. Untuk adik-adik yang baru nak start jadi student U september nanti, ambik peluang ni dok manja manja ngan mak bapak. Nanti rindu pulak, rindu rumahlah, rindu parentslah, rindu kucing/burung/hamster/dll. Akak pun tengah homesick sikit ni TT^TT Semester 6 ni pun aku rasa agak mencabar sebab ada teater dengan projek akhir tahun. Wuwuwuwu kena buat research dan apa yang pasti susah nak balik rumah sebab hari jumaat pun ada kelas sampai pukul 5. Isk Isk. Takpelah, demi anak bangsa dan English tercinta, aku rela! Sape kata nak jadi cikgu tu senang? Huhuhu.
Apa-apa pun, doakan agar semester baru ni berlalu dengan baik baik saja. *aamiin.*