Showing posts with label Melaka. Show all posts
Showing posts with label Melaka. Show all posts

Thursday, January 1, 2015

2015.


Alhamdulilah.
Masih diberi kesempatan untuk bernafas :)

Tahun yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. 
Pada bulan 10/11 ini, saya akan menyarung
jubah dan topi konvo dengan izin-Nya!
Akhirnya!

Pejam celik pejam celik
4 tahun berlalu macam tu je.
Banyak pahit-manis, suka-duka, tawa-ria berlaku.
Tapi, aku tak rasa menyesal pun
sebab jalan yang aku pilih ni
adalah jalan yang telah ditetapkan untuk aku.
Walau apa pun tanggapan orang.

Bulan 2 mula praktikal.
Kalau takde aral melintang,
In sha Allah dekat Jasin, Melaka.
Risau ada, teruja pun ada.
Aku cuma harap segalanya berjalan dengan baik dan lancar.
Mohon darah gemuruh pergi main jauh-jauh.
Hahaha.

Tak sabar nak konvo!! 

Friday, December 20, 2013

19 Disember. Intec. Shah Alam.

'Mini-Reunion Asasi TESL Lendu'

Cerita semalam :) Hajat hati nak tengok teater geng TESL Shah Alam. Tak sangka kot ramai yang turun. Hehe. So happy to see those familiar faces again! 

Dalam gembira, ada jugak emotional moment terjadi pada diriku. hikhik. Sebenarnya zaman asasi taklah begitu best terhadap aku. Jadi bila 'kenangan' tu bermain kembali dalam kepala hotak aku ni, memang nangislah jawabnya. Zaman asasi adalah zaman aku tercampak sorang-sorang, zaman aku menjadi sangat kerdil, penakut sebab takde sesapa untuk backup aku kat sana (sebelum ishmah masuk). Tengok masing-masing ambik gambar sesama ngan kengkawan yang diorang rapat masa asasi, sape yang tak touching, ye dak? Awak dok sesorang jadi pemerhati je. Huhu.

Tapi tu cerita sedih la. Yang bestnya kitorang dapat lepak sesama. Rindu kot, lama sangat tak jumpa. Lepas makan lepak Uptown pulak. Cerita tak best, ada kedai pet ni, aku masuk sambil tengok sekeliling, takut ada ular ke lelabah ke. Hee aku geli lah ngan mende alah ni. Pastu akak yang jaga tu boleh pulak acah kat aku cakap 'adik nak try pegang tak? nah ular', padahal tangan dia kosong je. Aku pun jerit ahh, apa lagi kan nak buat, 'akak, jangan! Saya takut ular!' terus peluk Yuppie dan keluar dari kedai itu. Trauma dah nak masuk walaupun ada arnab comel TT^TT

Rekod baru balik UPM pukul 5 pagi. Nasib lah takde pape kan, Alhamdulilah selamat. Hehe.