Wednesday, June 5, 2013

Jejaka Korea Pujaan Hati. #Ahaks.

Okayy, mood nak berblogging dah mai dah. Kali ni nak citer pasal jejaka Korea idaman hati yang satu ni. Tapi actually bukan satu jelah yang aku nak cerita. ahahaha. Okay, masa form 4 n 5 aku start minat J-Pop. Band yang aku minat sampai sekarang ialah Arashi. Yeah! Arashi ni dah lama debut dan terkenal dekat Jepun. Tapi tak tahulah sekarang macam mana sebab aku dah lama tak follow diorang, sebab dah terpisah ngan gegurlz aku yang juga fans diorang. uhuhuhu. So, bila aku masuk asasi dekat Melaka, aku terjatuh cinta pulak lah dengan K-Pop. (Okay, jangan prejudis). Masa tu (2010) aku rasa K-Pop dah mula menular kat Malaysia ni haa. Band yang aku minat sampai sekarang ialah SHINee. Terdiri daripada 5 orang ahli, Dubu Leader Onew, Bling Bling Jonghyun, Almighty Key, Charismatic Minho dan Maknae Taemin. Tu kira nickname lah hokay? hahaha. Masa tu aku gila betul dengan lagu Ring Ding Dong. Dengar je rasa nak menari. Siap ada sesi nyanyi lagu SHINee dengan Cik Clo aka Roommate bila tensen buat assignment. Ahaks!.

:: Google: Ni masa Hello Baby~Cute an,an? ::

:: Google: Ni untuk album baru, lagu Dream Girl ::

Haa, sampai laa ni aku masih setia dengan diorang. Tapi baru-baru ni banyak sangat lagu baru diorang keluar , jadi tak sempat sangat nak catch up. Tapi untuk album Misconceptions of Me Chptr 2, aku suka lagu Orgel. Jonghyun yang tulis lagu neh. Serius best, melody dia best dengar. Pastu, masa cuti semester first year degree, aku tengok satu cerita ni. Tajuk dia Sungkyunkwan Scandal. Cerita menarik, lalu aku terjatuh cintan dengan pelakon lelaki utama dia, iaitu PARK YOOCHUN. Ahahaha. Google pastu dapat tau yang dia ni group DBSK dulu, tapi dah berpecah jadi JYJ ngan TVXQ. Rupe-rupenya nilah yang Syl dok minat2 dulu tu. Haih, memaglah jatuh cinta gegiler ni. Hikhik (gelak gedik)/.

:: Google: Huih Smartnyeeee <3 ::="" div="">

:: Google: Senyum tu yang mahal tu ::

Biodata Park Yoochun:

Nama: Park Yoochun
Stage Name: Micky Yoochun
B.O.D: 04 June 1986
P.O.B: Seoul, South Korea
Profession: Singer, Actor
Height: 180 cm
Zodiac: Gemini
Blood Type: O
Family: Mother and Younger Brother, Park Yoohwan

Basically, aku suka muka dia yang cute plus handsome tu. Aku rasa memang aku minat lelaki jenis gini kot. Hahaha. Kadang-kadang aku lagi prefer comel daripada hensem. Ada sorang classmate aku, chinese tapi macam korean, dan bila dia senyum, sama macam yoochun ni haa. Hahaha. Tapi dia Chinese. =_="
Setakat ni aku tak jumpa lagi orang yang muka iras-iras Yoochun. Yang iras-iras Seungho MBLAQ dah jumpa sorang. Hahaha. Lagi, aku suka bila Yoochun berlakon, especially watak orang zaman dolu-dolu, ihiks, menjadi kau. haaa. Selain Sungkyunkwan Scandal, aku suka jugak drama Rooftop Prince (RP). Pon dia yang jadi main character. Citer RP tu tak sia-sia la kalau tengok. Bagi aku la, bagi korang taktahu la macam mana. 

Setakat ni tu jelah yang aku minat. Tapi minat-minat aku takdelah sampai fanatik terlebih gitu. Suam-suam kuku jek. Album pon setakat ni tak pernah beli lagi. Nantilah. Hahaha. So sampai sini jelah aku nak membebel. Tetiba rajin, tu yang aku buat entri baru. Oklah, sambung study. Hikhikhik :P

No comments:

Post a Comment