Bagi sesiapa yang taktau Big Bad Wolf Bookfair ni apa, ianyan adalah pesta buku terbesar yang ada kat Malaysia, di mana peminat-peminat novel Inggeris boleh mendapatkan novel-novel pada harga serendah RM8 beb! Haha sebab kalau ikut harga asal, 1 buku boleh mencecah RM30++, jadi Big Bad Wolf Bookfair memang dinanti-nantikan setiap tahun :)
Aku mula tahu pasal BBWBF ni masa tahun pertama aku masuk UPM, 2011. Kebetulan masa tu BBWBF bertempat di MAEPS, MARDI yang terletak berhampiran je dengan UPM (tembus ikut jalan Bukit Ekspo). Pertama kali aku pergi memang terbeliak mata, sebab buku-buku dijual dengan harga serendah RM8! Mana nak cari buku Inggeris harga macam tu. Paling murah pun RM20++, lagi-lagi novel bestseller. Jadi, tahun 2012 pun nasib menyebelahi aku, sebab BBWBF buat dekat MIECC, pun dekat je dengan UPM dan The Mines, Seri Kembangan. :)
Apa yang aku nak gembar-gemburkan ialah, BBWBF akan mengadakan Aftermath Sales, jualan selepas pesta buku tempoh hari, dengan harga lebih rendah, dari RM5 per buku!
:: BBWBF ::
Tempat masih di MIECC, jadi, mari kita pergi membeli-belah buku di sini! Yang lagi best, untuk students, baucer buku 1 Malaysia diterima di sini :D Bermula dari 28 Februari hingga 4 Mac 2013 :P

No comments:
Post a Comment