Assalamualaikum dan Hye :)
Yep, Injection aka suntikan.
Daripada sabtu lepas dua-dua tangan dan kaki aku kena gatal-gatal
dan ditumbuhi gelembung-gelembung air kecik yang super gatal.
Semalam aku dah pergi pusat kesihatan universiti (PKU), dan bila doktor cakap
nak suntik ke tak nak, aku tolak mentah-mentah.
Rela lah sangat sapu krim je dan tahan gatal semata-mata taknak kena suntik. HAHA
Bangun pagi tadi, aku masih rasa gatal amat.
Tengok jari-jemari aku dah jadi gemuk-gemuk belaka, bengkak.
Dalam hati bermonolog, patut ambik suntikan ke tak sebenarnye. Hmm.
Lalu, lepas kelas pukul 2.30, terus pegi PKU. Kali ni doktor perempuan, syukur.
Nak taknak aku ambik jelah suntikan tu. Dengar steroid je, berderau darah aku.
Hahaha. Kesian Kakak Nurse sebab kena bersabar dengan perangai aku.
2, 3 kali aku suruh dia tunggu kejap, sebab aku nak tenangkan diri. Haha.
2 dos dalam satu suntikan. Rasa dia, emm, sedap sangat. Pedih wehh. T^T
Masa balik, aku singgah ambik air dekat Lekir, dah mula high dah.
Nasib tak tumbang dekat situ. Steroid kan sejenis dadah, jadi dia akan menyebabkan kita
pening dan mengantuk. Macam ubat batuk, lepas makan je rasa ngantuk kan?
Jadi, hasilnya sekarang, rasa gatal-gatal aku dah hilang, Alhamdulilah.
Kalau tak, tergaru-garu macam beruklah jadinya aku.
Pesanan dari penaja : Jaga kesihatan diri anda dan ingatlah orang tersayang. hikhik!
p/s: to mr.you-know-who-you-are, many questions keep playing in my minds but I don't have the courage to ask you, and to hear the answer. Pathetic, right? Huhu
No comments:
Post a Comment