Showing posts with label Test JPJ Motor. Show all posts
Showing posts with label Test JPJ Motor. Show all posts

Sunday, July 28, 2013

JPJ Test: B2


Yeah! Alhamdulilah, pada tarikh 26 Julai 2013, hari Jumaat, saya telah lulus ujian JPJ untuk lesen P bagi kelas B2 aka Motorsikal. Hehehehe. Senyum lebar je hari ni~ weehee.

Jadi, hari ni nak tulis pasal pengalaman sebelum, semasa, dan selepas menduduki ujian ini. Manalah tahu boleh tolong sesape yang nak ambil lepas ni kan? Hehe. Baiklah, sebenarnya aku dah start ambil lesen motor dari tahun lepas lagi, tahun 2012. Masa puasa jugak, tapi tak sempat sambung sebab dah kena panggil balik ke kolej. Masa tu dah dapat lesen L dah. Tinggal praktikal motor dengan test jpj jelah. Maka, cuti 2 bulan tahun ni aku sambung balik. Lesen L ni bertahan selama 3 bulan, tapi boleh direnew kalau tamat tempoh. Bila dah dapat L ni, kira korang dah lepas Bahagian 1 lah dan bahagian 1 ni bertahan selama 2 tahun. Kalau dalam masa 2 tahun tu korang tak sambung, maka korang kena ambil semula ceramah2 dan test komputer (duit lagi nak membayarnya). Haha

Balik ke point utama, cikgu aku pesan suruh tunggu dia dalam pukul 9 pagi, sebab dia kata ujian jpj ni pon mula lambat, jadi pergi lambat sikit. Dalam 9.30 dah sampai dekat akademi memandu Penggaram, daftar dan bayar semua, dapat tau giliran aku nombor 9. Hahaha, cuak jugaklah sebab sebenarnya aku takut part jalanraya je. Takut terlupa buat isyarat tangan ke, nak berenti kang tetiba traffic light hijau nak buat isyarat belok ke tidak. Hahaha. Sangatlah blur ye aku, nak menghadapi ujian ni. Hmm, then pendaftar tu bagi baju macam yang guna masa main bola jaring mengikut nombor masing-masing. Tunggu punya tunggu kitorang disuruh pergi ke pondok dekat tempat mula ujian. Sempat jugaklah aku sembang dengan acik yang sama-sama latih motor haritu.

Lepas serah lesen L, IC dan no giliran, ujian pun dah bermula. Ada 3 warna baju, merah, biru dan hijau. Yang warna merah untuk yang ulang bahagian 3(Jalanraya). Yang warna biru untuk yang ulang bahagian 2(Ujian Halangan). Yang hijau pulak untuk yang baru nak ambik ujian. Jadi sorang-sorang dipanggil mengikut no giliran, sampailah giliran aku, encik jpj suruh aku ambil motor Honda Wave. Ahh sudahh, aku sebenarnya nak Honda EX5, sebab ringan sikit, senang nak kawal masa lalu titi. Aku pun redha jelah, ikat helmet tapi tak ketat-ketat. Masa tengah terkial-kial pakai helmet, tetiba ada calon yang dah habis test parking ex5. Aku pun terus jalan pergi dekat EX5 tu. Nasib encik JPJ kata, "haa, ni ada pun". Aku pun menenangkan diri dan beratur untuk mula ujian Bahagian 2.

Bahagian 2

Untuk bahagian 2 aka ujian halangan, ada 5 stesen yang akan kita lalui.

1. Titi @ Jambatan

Hehe. Nampak mencabar tak? Calon kena lalu titi ni tanpa jatuh dan tidak kurang dari 7 saat. Halangan ni kira yang paling susah dalam test jpj motor sebab kadang-kadang orang cuak dan tak dapat imbang badan dan motor, jadi jatuh. Alhamdulilah aku lepas ujian ni dengan masa laluan 7.05 saat. Ngam-ngam je gitu. Haha. 

2. Halangan Berkon


Halangan berkon ni, mula-mula belajar memang aku terlanggar je. Haha. Tapi sebenarnya dia tak susah pun. Kena pandai lenggokkan motor dan jangan rapat sangat dengan kon, In Sha Allah boleh lepas.

3. Brek Kecemasan

Untuk brek kecemasan, calon kena brek tepat-tepat dalam kawasan petak yang ditandakan dengan 4 kon. Mula dengan gear 1, pulas sikit, tukar gear 2, bawak laju, brek lepas motor melepasi 2 kon pertama. Aku tak pasti pasal kena serentak brek tangan dan kaki atau brek kaki dulu baru tangan. Tanya cikgu korang ok? Hehe. Tapi untuk aku, encik JPJ pangkah dekat "menggunakan brek kaki dan tangan". Aku pun taktahu. Hoho.

4. Pusingan 8


Ni pun antara yang tersenang selain halangan berkon. Ada orang cadangkan guna gear 2 masa pusing, tapi aku guna gear 3 sebab kalau gear 2 motor aku tersengguk-sengguk. Haha. Yang penting kat sini tak boleh berhenti, kaki tak boleh jejak dan jangan jatuh! Sebenarnya semua halangan pun janganlah korang jatuh. Nanti terus gagal. Hewhew.

5. Selekoh Tajam

Selekoh tajam pun senang jugak. Yang penting kaki jangan jejak dan jangan jatuh. Kawal badan dengan motor.

Lepas kelima-lima halangan telah dilalui, calon akan berhenti di garisan mula ujian bahagian 3. Matikan motor, dan tunggu encik JPJ bagi arahan untuk mula ujian. Lepas encik JPJ suruh mula, hidupkan motor, cek signal kiri dan kanan (belah depan dan belakang), lampu hadapan, lampu brek, hon, side mirrors, dan jugak helmet. Masuk gear 1, pandang belakang, tangan kanan depakan ke sisi, kira 1-3, signal kanan, toleh lagi sekali dan mulakan perjalanan. Basically apa yang korang belajar tulah yang korang kena buat. Jangan lupa isyarat tangan, lambai 3 kali bila hendak berhenti, depakan tangan mengikut arah hendak membelok, isyarat ikrar bila sudah berhenti. Masa ujian lampu isyarat akan dihidupkan, jadi fokus dan jangan main aci redah je ye. Bila kuning, bersedia untuk berhenti, bukan makin pecut. Bila dah selesai, matikan motor, bawa ke seberang jalan dan park. Nasib baik tak suruh double stand, kalau tak memang aku failed. Haha. Naik ke gazebo untuk ambil keputusan. Jika lulus, ucapkanlah Alhamdulilah, tapi jika tidak berjaya jangan risau, cuba lagi di lain masa. Ehehehe :P

Jadi itulah sedikit sebanyak pengalaman aku. Lepas letak motor dan pulangkan baju bernombor giliran, aku tunggu cikgu aku datang. Aku tenung keputusan sampai ada orang tegur. Hahaha. Alhamdulilah, lepas dah lesen motor. 2 tahun lagi baru aku ambil lesen kereta pulak. Yang penting, kini Lesen P di dalam genggaman. Boleh bawa motor dengan aman~

Sekian saja, Assalamualaikum :D