Showing posts with label Melayu. Show all posts
Showing posts with label Melayu. Show all posts

Wednesday, January 23, 2013

First Book for 2013: Aku Bercerita karya Ramlee Awang Murshid

:: Alaf 21 ::

Sinopsis:
SEORANG pengarang novel cuba menulis naskhah terbaharu. Malangnya, gejala writers block melanda. Suatu masa... dalam keadaan separa sedar ketika terlena, dia terlihat seseorang menggunakan komputer ribanya. Namun kelibat orang itu samar-samar. Sebuah cerita yang siap ditaip terpamer pada skrin. Sebuah kisah yang mengujakan, tetapi bukan dia penulisnya. Teorinya – mungkin dia ada berkarya tanpa disedari, tetapi minda logiknya ragu-ragu.

Satu demi satu cerita baharu ditemui lagi dalam komputer ribanya. Dia semakin galak mencuri idea-idea tersebut. Gaya dan teknik penceritaan memang menyerupai cara dia berkarya. Dia semakin seronok mengakui semua cerita itu adalah miliknya. Kemudian... semakin banyak kejadian pelik yang mengitari kehidupannya. Dia diburu sesuatu yang meremangkan bulu roma. Ada bahana muncul bertubi-tubi. Siapa suspek yang bertanggungjawab menghuru-harakan kehidupannya?

RAMLEE AWANG MURSHID ada sebuah rahsia yang lama dipendamkan. Rahsia dirinya sendiri sejak bergelar seorang penulis novel. Lama-kelamaan... andai belenggu misteri yang menggelisahkan ini tidak dirungkaikan segera, maka berakhirlah kariernya...


Buku pertama yang aku beli untuk tahun 2013. Disember lepas dah puas membeli novel-novel Inggeris di Big Bad Wolf Bookfair. Jujurnya, aku memang taktau yang Ramlee Awang Murshid (RAM) nak keluar buku baru. Jadi, aku saja je masuk kedai buku, belek-belek novel, mana tau ada buku yang best untuk dibeli, sekali terpandang novel RAM ni, terus aku ambil dan bayar. Bukan apa, penulisan RAM setakat ni tak mengecewakan aku, macam Hlovate jugak :) 

Kali ni, novel RAM agak istimewa, ada 5 cerita di dalam novel ini yang berpaksikan "Aku". 5 cerita tersebut ialah Bunian, Culik, Cinta Matiku, Sang Kancil dan Cut. Setakat ni aku baru habis baca cerita 1 dan separuh cerita 2, dan sepanjang membaca, bulu roma aku meremang. Haha. Bukan sebab seram, tapi gaya tulisan dan cerita yang suspen dan 'twisted', memang sayang RAM lebih lah. 

Dan lagi satu, RAM ada kata, mungkin cerita dalam buku ni ada kaitan dengan dia, ataupun tidak. Haish, kalau baca memang boleh percaya yang watak "Aku" tu RAM, tapi, wallahualam. Hanya RAM yang tahu.

Apa-apa pun, silalah beli novel terbaru RAM (promote ni :P) kerana gaya penulisan dia memang best, suspen, thriller, romantik dan Islamik, semua ada, kalau ikut analogi masakan, memang cukup rasa. 

:: Video Pengenalan Novel ::