Dengan dia, segala rasa hadir dengan sendirinya.
Entah kenapa,
Dengan dia, aku selesa, walau dia rancak mengusik.
Aku sedar,
Aku tak layak kerana apa yang aku pernah lakukan.
Aku tahu,
Yang lepas jangan dikenang lagi,
Buka buku baru,
Cipta kenangan baru.
Kawal diri,
Jaga hati.
Belajar untuk memahami,
Belajar untuk jadi bertimbang rasa,
Belajar untuk menyayangi tanpa syarat,
Belajar untuk menerima seadanya.
Tak mengapa,
Kalau kau tak punya rasa yang sama,
Peluang kedua dan kemaafan ini,
Sudah cukup untuk aku terus mara ke hadapan,
Tanpa menoleh ke belakang.
Terima kasih,
Untuk kau, insan di hati :')
No comments:
Post a Comment