Wednesday, October 2, 2013

HALFEST 2013- Ekspo Halal Terbesar di Malaysia :)

Assalamualaikum W.B.T

Hari ni kelas bermula dengan kena marah dan juga ujian 1 untuk 
subjek Teaching of Writing.
Lambat masuk kelas selama 15 minit.
Huu, takut, padahal rasa macam tak sampai 15 minit,
Jam kelas cepat kot.
Ok, nak pendekka cerita, kelas seterusnya batal,
jadi pergila makan dekat kedai mamak Sri Serdang.
Masa lalu dekat area Fakulti Kejuruteraan
ternampak la banner pasal Halfest 2013 ni.
*Padahal perasan sebab nampak pameran makanan, hikhik dasar kuat makan* 

Empunya kereta pun dah cukup rehat semalam
jadi hari ni dia okay la kalau nak gi jejalan ke ape.
Jadi lepas makan kitorang terus pergi Halfest 2013 di 

Pusat Pameran Mines (MIECC),
Seri Kembangan, Selangor.

Dekat je dengan The Mines, pusat membeli belah tu,
Sape yang pergi Big Bad Wolf Bookfair mesti ingat tempat ni kat mana.
Halfest ni mula dari hari ni (2 Okt 2013) sampailah ahad ni (6 Okt 2013)

Apa yang ada dekat pameran ni?
Haa, bagi umat Islam, nilah platform untuk kita mengenali produk-produk halal 
yang kita taktau pun ada kat Malaysia ni.
Sambil-sambil rasa tester, bolehla cari alternatif untuk ganti barangan rumah
yang diimport dari luar dengan produk yang lebih murah tapi sama kualiti.
Haa. Menarik tak? Tambah menarik, korang berpeluang jumpa artis terkenal seperti Datok Siti :D
Untuk maklumat lanjut bolehla layari laman web ni halfest.com.my

Oh ya, tadi pun aku jumpa sorang artis ni,
sape kenal Jeyhan Miskin, sila angkat kaki!
Hahahaha tergelak je aku sebab Jeyhan ada depan mata.
Not bad lah, masih kacak cuma aku rasa macam badan dia dah tak tough dah.
Kalau nak banding kat dalam TV tu haa. Tinggi dia ok, kalau ikut purata tinggi lelaki Malaysia,
kira dia antara yang tinggi lah.

So, dah penat membebel dah. 
Akhir kata, meh mencuci mata dan menjamu selera!

No comments:

Post a Comment