Wednesday, May 1, 2013

Goodbye, Sweet April!

Bismillahirahmanirahim..


April yang manis dah berlalu,
diganti dengan Mei.
April adalah bulan kegemaran aku.
Bulan di mana pertukaran usia yang bertambah setahun lagi.
Alhamdulilah, sudah 21 tahun aku bernafas di bumi Allah ni pada 19 April yang lepas.

Kalau nak dibandingkan dengan tahun lepas,
Aku rasa 19 April tahun ni adalah yang paling manis sekali.
Menyambut hari lahir dengan pementasan Festik. Haha.
Kebetulan berkongsi tarikh.
Aku tak sangka,
Sahabat-sahabat aku akan meraikan hari itu untuk aku,
Belikan kek yang sedap,
Nyanyikan lagu,
Walaupun kena 'prank' dengan pengarah,
(sumpah aku cuak, haha)
Sampai nangis peluk Yuppiee,
Memang satu memori yang aku takkan dapat lupakan.
Tambahan lagi, 
Orang yang buat aku sedih masa hari lahir tahun lepas,
Sama-sama meraikannya kali ini.

19 April 2012,
Sambut hari lahir dengan kuku ibu jari kaki kiri yang terkopak,
Dek kerana jatuh dalam longkang,
Dan juga air muka seseorang yang macam tak sudi je,
Macam kena paksa turun je.
Tapi abang Dinie ada masa tu,
Jadi rasa okay sikit. Haha. Ngade.

19 April 2013,
Sambut hari lahir dengan tangisan,
Dengan kehadiran orang-orang kesayangan,
Terima kasih dari lubuk hati paling dalam.
Ada orang suap kek,
Ada orang suap strawberi,
Mak, Abah dan Abang wish selamat hari lahir,
Manis, lebih manis dari gula :')

Godek-godek journal lama,
Jurnal masa zaman sekolah 4 tahun lepas,
Terjumpa ini:

"Orang yang penyayang akan dikelilingi oleh orang-orang yang menyayanginya"

                                 19.04.09

Ada orang bagi kata-kata ni kat aku,
Aku harap sayang ni kekal,
Kekal sampai ke akhirnya :')

No comments:

Post a Comment